Sunday, February 14, 2010

Asal Hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam


1.APA ITU HARI VALENTINE

Hari Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

2.ASAL-USUL

Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah,perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine.Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova,Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine.

3.PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN

Bahawa amalan merayakan amalan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.Roh perayaan tersebut mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta di- larang dalam Islam.

4.KONSEP KASIH SAYANG ISLAM

Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam.Manusia sanggup melakukan apa saja untuk orang disayangi hingga terjadi kes bunuh diri yang diharamkan Islam.Konsep sebenar kasih sayang yang dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasrkan panduan Allah.

5.CIRI PASANGAN SESUAI BERCINTA

Ia dibahagikan kepada empat iaitu niatnya berkahwin demi menjaga akhlak dan agama sentiasa,mempunyai kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terbabit dengan perkara yang diharamkan agama dengan tindakan yang menjerumus ke arah zina.
Perkara ketiga ialah Istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadhan dan berusaha menjadi Muslim dengan keimanannya 100% kepada Allah dan sentasa menjaga batasan aurat.

6.CINTA SEBELUM PERKAHWINAN

Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah.Merka melanggar hukum Yang Esa kerana khayal di alam percintaan tanpa berpandukan syarak.

7.PERATURAN HUBUNGAN CINTA MANUSIA

Peraturan dalam hubungan cinta kepada manusia itu didasarkan juga kepada cintakan Allah dan hendaklah kita pastikan ketika menjalin hubungan,tiada hukum-Nya yang dilanggar.

8.CARA KEKAL CINTA SESAMA MANUSIA

Letakkan asas cinta kepada cintakan Allah S.W.T."Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku".(az-Zariyat,51:56)

9.CINTA SEBELUM KAHWIN

Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan berbanding cinta selepas perkahwinan kerana ia menghampiri zina.

10.TEGAHAN SAMBUTAN

Islam melarang perayaan ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti pergaulan bebas,zina,dan hamil tanpa nikah.Paling menyedihkan,ia berlaku kepada masyarakat Melayu,khususnya yang beragama Islam.

notes:Sedih,marah,dan kecewa bila aku membaca akhbar kelmarin,sebahagian pelajar IPTA dan IPTS menganjurkan program "Women No Panties",bersempena dengan perayaan Valentine Day,apa yang menyedihkan,ada juga pelajar2 Melayu Islam yang menyertai acara tersebut.NAUZUBILLAHIMINZALIK....dan akhbar hari ini menceritakan kebanyakkan muda-mudi ditangkap kerana disyaki berkhalwat,berzina dan melakukan perkara2 yang kurang sopan di khalayak ramai di malam Hari Kekasih,oleh itu wahai pemuda-pemudi seagamaku...,elakkan perkara2 yang blh mendekatkan zina,pergaulan bebas,percampuran laki permpuan dan sbgnya..Wallahua'lam...







No comments:

Post a Comment